Flag of Malaysia The Book of Common Prayer
United States England Scotland Ireland Wales Canada World

    Kitab Sembahyang
The Book of Common Prayer in Malay

 

LITANI

¶ Inilah Litani, artinya Sembahyang minta berkat atas sakalian manusia: ia akan dinyanyikan atau dibachakan lepas Sembahyang Pagi pada Hari Minggo, Hari Reba, dan Hari Jumaat; pada lain hari pun menurut hukum Bishop.

    YA Allah Bapa dishorga: kasihankan kami orang berdosa.
    Ya Allah Bapa disliorga: kosihansan kami orang berdosa.
    Ya Allah Anak, yang sudah menebuskan samoa manusia: kasihankan kami orang berdosa.
    Ya Allah Anak, yang sudah menebuskan samoa manusia; kasihankan kami orang berdosa.
    Ya Allah Roh Alkudus, yang datang deripada Allah Bapa dan Allah Anak: kasihankan kami orang berdosa.
    Ya Allah Roh Alkudus, yang datang deripada Allah Bapa dan Allah Anak: kasihankan kami orang berdosa.
   
Ya Triniti yang kudus, terpuji, bermulia, Bapa, Anak, Roh Alkudus, Allah yang asa: kasihankan kami orang berdosa.
    Ya Triniti yang kudus, terpuji, bermulia, Bapa, Anak, Roh Alkudu«, Allah yang asa: kasihankan kami orang berdosa.
   
Ya Tuhan, jangan mengenang salah kami, atau salah nenek-moyang kami; jangan membalaskan dosa kami: ya Tuhan yang berkasihan, sayangkan kami, sayangkanlah kaum Tuhan, yang Tuhan sudah tebus dengan darah Tuhan yang amat indah itu; janganlah marah dengan kami salama-lamanya.
    Ya Tuhan yang berkasihan sayangkanlah kami.
   
Deripada samoa jahat dan rugi; deripada dosa, deripada tipu dan langgar Sheitan; deripada marah Tuhan, dan kabinasaan yang kekal,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Deripada bebal hati; deripada sombong, dan chungkak, dan pura-pura; deripada dingki, dan binchi, dan sakit hati; deripada samoa kalakuan jahat,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Deripada berkendak dan lain-lain dosa besar; deripada segala tipu dunia, atau nafsu jahat, atau Sheitan,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Deripada nitar dan ribut; deripada sampar, dan hawar, dan kalaparan; deripada prang, deripada perbunohan, drripada mati sakenyungkenyung,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Deripada samoa derhaka; deripada berpakat melawan prentah; deripada samoa pengajaran bohong yang menyesatkan dan mencheraiberaikan orang; deripada hati kras; deripada menghinakan perkataan dan hukum Tuhan,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Olih rahasia kudus Tuhan menjadi manusia; olih Tuhan diperanakkan, dan disunatkan; olih Baptisa, Puasa, dan Perehobaan Tuhan,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Olih sangsara Tuhan, olih peloh Tuhan saperti titek darah; olih regang dan seksa Tuhan; olih ka-indahan mati Tuhan, olih Tuhan dikuborkan; olih Tuhan berbangkit dengan mulia, lalu naik ka-shorga; olih kadatangan Roh Alkudus,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Tetkala kami kena kasukaran; tetkala kami senang; pada waktu kami mati, dan pada hari kiamat,
    Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
    Ya Tuhan Allah, kami orang berdosa meminta Tuhan menengar kami: kami minta Tuhan memrentahkan Eklisia yang kudus dan Katolika, dalam jalan yang betul;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Pliharakanlah, kuatkanlah hamba Tuhan, George, Raja kami, dalam menyembah Tuhan, dalam kabenaran, dan kasuehian;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Prentahkanlah hatinya dalam perehaya, dan takut, dan kasih kapada Tuhan, sopaya ia selalu harap kapada Tuhan, serta membesarkan, dan memuliakan Nama Tuhan;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Pliharakanlah dia, lindongkanlah dia, bri dia menang atas samoa musohnya;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Berkatilah, pliharakanlah Queen Mary, Queen Alexandra ibu Raja, Edward Prince of Wales, dan samoa anak-buah Raja;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Trangkanlah hati samoa Bishop, dan Padri, dan Dikon, akan mengatahui, akan mengarti perkataan Tuhan, sopaya ia memashorkan, dan mengajarkan Perkataan Tuhan, baik olih pengajarannya, baik olih kalakuannya;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Brilah berkat, dan budi-bichara, dan pengatahuan kapada samoa Tuan-tuan kunsil, dan samoa orang besar;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Berkatilah, pliharakanlah samoa orang yang memegang bichara; brilah anugrahmu kapadanya sopaya ia melakukan yang betul, dan menetapkan yang benar;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Berkatilah, pliharakanlah sakalian hamba Tuhan;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Brilah kapada samoa bangsa manusia diam dengan sempakat yang baik, dengan damai, dengan hati satu;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Brilah kapada kami hati yang kasih, yang takut akan Tuhan, sopaya kami mengikut pesan Tuhan dengan rajin;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Tambah-menambahkan berkat kapada sakalian hamba Tuhan, akan menengar Perkataan Tuhan dengan rendah hati, dan menerima itu dengan suka, lalu mengluarkan buah-buahan Roh Alkudus;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Bawalah pulang pada jalan kabenaran samoa orang yang sesat, yang kena tipu;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Kuatkanlah orang yang tetap berdiri; hiburkan, bantukan orang yang lemah hati; angkatkan orang yang jatoh; dan, sahabis-habis rebahkanlah Sheitan dibawah kaki kami;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Lindongkanlah, tolonglah, hiburkanlah samoa orang yang kena bahaya, kena kakorangan, kena kasukaran;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Pliharakanlah samoa orang yang berjalan, baik di darat, baik di laut; samoa perampuan yang akan beranak; samoa orang sakit; samoa kanak-kanak; sayangkanlah samoa orang yang di-penjara dan samoa orang tangkapan;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Lindongkanlah, pliharakanlah samoa anak piatu, samoa perampuan balu, samoa orang yang tiada sahabatnya, yang kena anyaya;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Kasihankanlah samoa manusia;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Ampunlah musoh kami, ampun orang yang menganyayakan kami, orang yang mempetenahkan kami; Tuhan ubahkanlah hatinya;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Brilah, pliharakanlah akan guna kami, samoa jenis buah-buahan tanah, sopaya pada waktunya kami bolih memakan dia;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Bri kami berkat akan bertaubat dengan benar; ampunlah samoa dosa, dan salah, dan kabodohan kami; bri kami berkat Rohmu yang Kudus itu akan membaiki kalakuan kami menurut Perkataan Tuhan;
    Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Ya Anak Allah, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Ya Anak Allah, kami meminta Tuhan menengar kami.
    Ya Domba Allah yang mengangkatkan dosa samoa manusia;

Brilali kami salamat Tuhan;
    Ya Domba Allah yang mengangkatkan dosa samoa manusia;
Kasihankan kami.
    Ya Almesih dengarlah kami.
      Ya Alrnesih dengarlah kami.
    Tuhan kasihankan kami.
      Tuhan kasihankan kami.
    Almesih kasihankan kami.
      Almesih kasihankan kami.
    Tuhan kasihankan kami.
      Tuhan kasihamkam kami.

¶ Lalu Padri, dan orang banyak sertanya akan membacha Doa Tuhan.
 

Litany

 

    BAPA kami yang dishorga, Kuduslah Nama Tuhan. Datanglah Karajaan Tuhan. Jadilah kahandak Tuhan, diatas bumi, saperti dalam shorga. Brilah kami sahari ini makanan kami sahari-hari. Ampunlah salah kami, Saperti kami mengampun orang yang bersalah kapada kami. Janganlah membawa kami kapada perchobaan; Lepaskanlah kami deripada yang jahat. Amin.

    Padri. Ya Tuhan jangan berbuat kapada kami menurut dosa kami.
    Jawab. Janganlah membalas pada kami menurut jahat kami.

Handaklah kita minta doa.

    YA Allah, Bapa yang amat kasihan, tiadalah Tuhan membinchikan sedih hati yang menyesal, atau kahandak orang yang bersusah; dengan kasihan tolonglah kami dalam sembahyang kami dihadapan Tuhan bila-mana kami kena kasusahan, kena kasukaran; dengan kasihan dengarlah kami; alahkanlah samoa jahat itu yang melanggar kami olih Sheitan, olih manusia pun; sopaya, olih Tuhan melindongkan kami, samoa jahat itu dilenyapkan; lalu kami hamba Tuhan, yang tiada binasa olih saharang anyaya, selalu menguchap shukor kapadamu dengan Eklisia mu yang kudus; olih ISA Almesih Tuhan kami.
    Ya Tuhan, bangkitlah, bantu kami, lepaskan kami olih sebab Nama Tuhan.

    YA Allah, dengan telinga kami sendiri kami sudah menengar, dan nenek-moyang kami sudah mekhabarkan kapada kami perkerjaan mulia yang diperbuat olih Tuhan pada zeman dia, dan pada waktu lama dhulu deripada dia.
    Ya Tuhan, bangkitlah, bantu kami, lepaskan kami olih sebab mulia Tuhan.

    Kamuliaan bagi Bapa, bagi Anak: bagi Roh Alkudus.
    Jawab. Saperti pada mulanya, sekarang ini: sampai salama-lamanya. Amin.

    Ya Almesih lindongkan kami deripada musoh kami.
    Dengan kasih tileklah pada kasusahan kami.
    Dengan sayang lihatlah susah hati kami.
    Dengan kasihan ampun dosa hamba Tuhan.
    Dengan kasih, dengan sayang dengarlah sembahyang kami.
    Ya Anak Daud kasihankan kami.
    Sekarang ini, dan salama-lamanya dengdarlah kami, ya Almesih.
    Dengan kasihan dengarlah kami, ya Almesih: dengan kasihan dengarlah kami, ya Tuhan Almesih.
    Padri.
Ya Tuhan unjokkanlah kasihanmu pada kami.
    Jawab. Saperti kami harap kapada Tuhan.

Handaklah kita minta doa.

    YA Bapa, dengan hati rendah kami minta Tuhan melihat kalemahan kami dengan kasihan: sebab mulia Nama Tuhan jauhkanlah deripada kami samoa kasusahan yang patut ditanggong kami: dalam samoa kasukaran kami, bawalah kami harap dengan sagenap hati kapada kasihan Tuhan, dan menurut hukum Tuhan deripada sekarang ini dengan kalakuan yang benar, yang suchi, akan mendatangkan hormat dan mulia bagi Tuhan: olih ISA Almesih Tuhan kami, Ialah sahaja Pengantara dan Penolong kami. Amin.
 

Lord's Prayer

DOA S. KRUSOSTOM.

    YA Allah maha berkuasa, Tuhan sudah menolong kami sekarang ini sama sama sembahyang kapada Tuhan dengan hati satu; Tuhanlah berjanji, tetkala dua atan tiga orang ada berhimpun dalam Nama Tuhan, Tuhan mau membri kahandaknya; Brilah. Tuhan, sekarang ini; kahandak kami, permintaan kami, mana yang patut: brilah kami taku yang benar di dunia ini: dan di dunia yang akan datang bri kami hidup yang kekal. Amin.

2 Kor. xiii.

    BERKAT ISA Almesih Tuhan kita, dan pengasihan Allah, dan bersamaan Roh Alkudus besertalah dengan kita samoa, salama-lamanya. Amin.

Inilah ujang Litani.
 


Prayer of St. Chrysostom

BEBRAPA

DOA PERMINTAAN

DAN

DOA MEMBALAS SHUKOR

¶ Akan dibacha dhulu deripada kadua Doa yang di-ujang Litani, dau Sembahyang Pagi hari, dan Sembahyang Petang juga,
 

Prayers & Thanksgivings

DOA PERMINTAAN.

Doa minta Ujan.

    YA Allah, Bapa kami yang dishorga, olih Anak Tuhan, ISA Almesih, Tuhan sudah berjanji membri kapada orang yang menchari karajaan Tuhan dengan kabenarannya barang yang harus menghidupi tubohnya: dalam sukaran yang sekarang ini kami minta Tuhan membri kami ujan sedang, sopaya kami mendapat samoa buah-buahan tanah, menjadi senang kami, menjadi kamuliaan Tuhan pun: olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

Prayers

For Rain

Doa minta Hari Baik.

    YA Allah Taala, Tuhan amat berkuasa, dhulu kala, deri sebab dosa manusia, samoa isi dunia mati lemas dalam ayer olih hukuman Tuhan, melainkan delapan orang sahaja yang lepas; dan lagi, kamudian deripada itu, dengan kasihan besar Tuhan berjanji, tiadalah Tuhan mau membinasakan dunia bagitu lagi; Dengan rendah hati kami mengaku bahwa patut juga kami dirosakkan olih ujan banyak ini dan ayer bah, sebab dosa kami: tetapi kami bertobat dengan sunggoh hati; kami minta Tuhan membri kami hari baik sopaya kami mendapat buah-buahan tanah dalam musimnya; sopaya hukuman Tuhan mengajar kami mengubah kalakuan kami, dan kasihan Tuhan membawa kami memuji dan memuliakan Nama Tuhan: olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

For Fair Weather

Apabila ada Kakorangan atau Kelaparan.

    YA Allah, Bapa kami yang dishorga, deripada kasihan Tuhan datanglah ujan, lalu buah-buahan bertumboh, dan binatang pun bertambah-tambah, dan ikan menjadi banyak: kami minta Tuhan menilek atas kasukaran hamba Tuhan. Sasunggohnya patut kami dihukumkan dengan kakorangan dan kalaparan ini, sebab dosa kami; tetapi kami minta Tuhan, olih kasihan Tuhan, membri kami makanan yang chukup: olih sebab kasihan ISA Alkudus jadilah samoa hormat dan mulia, sekarang ini dan lagi pada salama lamanya. Amin.
 

In Time of Dearth & Famine

Pada masa Prang dan Gadoh-gadohan.

    YA Allah amat berkuasa, Tuhanlah Raja atas samoa raja, Tuhan yang memerentahkan samoa, tiadalah orang yang bolih melawan kuasa Tuhan, Tuhanlah yang menghukumkan orang berdosa dengan sapatutnya, Tuhan juga yang menaroh kasihan kapada orang yang bertobat dengan benar. Dengan rendah hati kami minta Tuhan memliharakan kami, dan melepaskan kami deripada tangan musoh kami; korangkanlah sombongnya, padamkanlah kabinchiannya, alahkanlah tipunya; sopaya kami, terlindong alih Tuhan, terplihara deripada segala anyaya, bulih selalu memuliakan Tuhan, sebab Tuhanlah sahaja yang membawa orang menang: olih sebab kabaikan Anak Tuhan, ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

In Time of War & Tumult

Pada masa barang Hawar atau Penyakit.

    YA Allah maha berkuasa, kasihankanlah kami orang berdosa, yang pada masa ini kena penyakit besar, dan olihnya banyak orang mati; kami minta Tuhan berhentikan, dan habiskan penyakit ini yang membinasakan kami; olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

In Time of Plague or Sickness

¶ Doa ini akan dibacha tiap hari dalam Minggo Ember meminta berkat atas orang yang handak dijadikan Padri atau Dikon.

    YA Allah maha berkuasa, Bapa kami yang dishorga, Tuhan sudah berolih Eklisia yang dalam sagenap dunia, olih darah indah yang dibri Anak Tuhan; dengan kasihan tileklah akan Eklisia itu. Pada masa ini ajarkanlah, prentahkanlah hati samoa Bishop, Penunggu kawan hamba Tuhan, janganlah ia lekas membubuhkan tangan diatas sabarang orang; melainkan dengan satiawan, dengan budi memileh orang yang patut bekerja dalam Eklisia Tuhan. Brilah anugrahmu dan berkat deri shorga kapada samoa orang yang akan disuroh membuat barang kerja dalam Eklisia kudus, sopaya ia bolih menyatakan kamuliaan Tuhan, baik olih kalakuannya, baik olih pengajarannya, serta menjalankan salamat samoa manusia; olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.

Atau Doa ini.

    YA Allah maha berkuasa, yang membri samoa yang baik, Tuhan sudah mengator orang dengan pangkat pangkatnya dalam Eklisiamu: brilah berkat kapada samoa orang yang akan disuroh membuat barang pekerjaan dalam Eklisia. Penohkanlah hatinya dengan kabenaran pengajaran Tuhan, hiaskan dia dengan kalakuan suchi, sapaya ia bekerja dihadapan Tuhan dengan satiawan, akan mendatangkan mulia kapada Namamu, mendatangkan barang yang berguna kapada Eklisiamu yang kudus: olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

In Ember Weeks, for those that are to be admitted into Holy Orders

¶ Doa yang bolih dibacha komudian deripada sabarang; doa yang diatas.

    YA Allah, Tuhanlah selalu berkasih-kasihan, selalu membri ampun, sambutlah sembahyang kami; sunggohpun kami tersangkut dipasong dengan rantai dosa kami; tetapi, olih sebab kasihan Tuhan, yang sayang akan hamba, kami minta Tuhan melepaskan kami; akan mendatangkan hormat bagi ISA Almesih, Pengantara dan Penolong kami. Amin.
 

A Prayer that may be said after any of the Former

¶ Doa akan hal orang sesat.

    YA Allah amat kasihan, Tuhanlah yang menjadikan samoa manusia; tiadalah Tuhan suka melihat orang mati dalam dosanya, melainkan suka melihat orang berdosa berubah hati, menghidupkan jiwanya. Kami minta Tuhan kasihankanlah samoa orang yang belum mengatahui kabenaran Tuhan; trangkanlah gelapnya; lembutkan kras hatinya, jangan ia membinchikan lagi akan Perkataan Tuhan; bawa dia masok kadalam kawan hamba Tuhan, sopaya ia berolih salamat beserta dengan samoa orang yang sunggoh sunggoh hamba Tuhan, dan menjadi satu kawan dibawah saorang Gombala, ISA Almesih, Tuhan kami: Ialah yang hidup dan memegang prentah bersama dengan Tuhan, dengan Roh Alkudus, Allah yang asa salama-lamanya. Amin.
 

Prayer for Sinners

¶ Doa minta berkat atas samoa manusia: ia akan dibacha apabila Litani tiada dibacha,

    YA Allah, Tuhanlah yang menjadikan, yang meliharakan samoa manusia; Kami dengan rendah hati, meminta berkat Tuhan atas samoa bangsa, samoa pangkat manusia, minta Tuhan membri dia mengatahui jalan Tuhan, sahingga segala bangsa orang mengatahui salamat Tuhan. Terlebih pula kami minta berkat atas samoa orang dalam Eklisia Katolika, sopaya ia diajarkan, dan diprentahkan olih Rohmu yang Kudus, sahingga segala orang yang mengaku dan menyebut dirinya orang Kristian, dibawa kapada jalan kabenaran, lalu memegang perchaya Kristian, samoanya dengan hati satu, dalam sempakat perdameian, dengan lurus kalakuannya. Dan lagi kami minta Tuhan, ya Bapa yang amat baik, kasihankan samoa orang yang kena susah, baik dalam hatinya, baik dalam tuboh, baik dalam ertanya; [*terutama orang yang kahandaki kami berdoa meminta kasihan Tuhan atasnya] hiburkan dia, senangkan dia menurut kakorangan masing-masingnya: brilah padanya hati sabar dalam sakitnya, dan kamudian bawa dia kaluar dengan salamat deripada samoa kasusahannya. Inilah kami minta olih Nama ISA Almesih. Amin.
 

Prayer for All Conditions of Men


* Ini akan dibacha apabila barang orang minta orang yang berhimpun bersembahyang berdoa sebab dia.

 

 

DOA MEMBALAS SHUKOR

¶ Doa Membalas Shukor derihal samoa berkat Allah Taala.

    YA Allah maha berkuasa, Bapa amat berkasihan, dengan hati rendah kami hamba Tuhan membalas shukor benar kapada Tuhan deri sebab samoa kabaikan, sarnoa kasihan Tuhan kapada kami, dan kapada samoa manusia; [*terutama kapada orang yang sekarang ini mau membalas pujinya deri sebab samoa kasihan yang bharu Tuhan sudah unjokkan kapadanya.] Kami memuji Tuhan sebab kami sudah dijadikan, sudah dipliharakan olih Tuhan; sebab samoa berkat juga yang kami terima di-dunia ini; terutama pula kami memuji Tuhan deri sebab kasihan Tuhan yang tadapat dikira-kirakan, ia itu Tuhan sudah menebus orang isi dunia olih Tuhan kami ISA Almesih; sebab Tuhan membuka pada kami jalan akan mendapat berkat, membri kami harap akan berolih kamuliaan. Kami minta Tuhan membri kami mengenang sagala kasihan Tuhan, sopaya dengan hati tulus kami membalas shukor bagi Tuhan, dan memashorkan puji Tuhan, bukan dengan bibir mulut sahaja, melainkan dalam kalakuan kami; dalam kami menyerahkan sendiri kami kapada pekerjaan Tuhan, serta berjalan dihadapan Tuhan dalam kasuchian dan kabenaran sapanjang umor kami: olih ISA Almesih Tuhan kami, bagi Dia, bagi Tuhan, beserta dengan Roh Alkudus jadilah samoa hormat dan kamuliaan salama-lamanya. Amin.
 

Thanksgivings

 General Thanksgiving

 

 

* Ini akan dibaclu. apabila barang orang yang sudah didoakan dalam Greja mau membalas puji.

Deri sebab Ujan.

    YA Allah, Bapa kami yang di shorga, olih pengatoran kasihan Tuhan, Tuhan menurunkan ujan ka-atas bumi, sopaya tanah mengluarkan buah-buahannya menjadi guna kapada manusia: Dengan hati rendah, kami membalas shukor bagi Tuhan sebab dalam kasukaran kami, pada akhirnya, Tuhan sudah membri ujan akan menyukakan hati pesaka Tuhan, handak menghidupkan hamba pada waktu kakringannya, menjadi penghiburan besar kapada kami, hamba Tuhan: menjadi kamuliaan juga bagi Nama Tuhan: olih samoa kasihan Tuhan yang diunjok Tuhan dalam ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

For Rain

Deri sebab Hari baik.

    YA Allah, Tuhan kami, dengan sapatutnya Tuhan sudah merendahkan kami dengan ujan terlampau banyak dan ayer bah; dan lagi, kamudian deripada itu, olih kasihan Tuhan, Tuhan sudah meringankan, sudah menghiburkan hati kami olih hari ujan berubah menjadi hari baik: kami memuji, kami muliakan Namamu yang kudus deri sebab kasihan itu; kami salalu akan memashorkan kabesaran kasihan Tuhan turun menurun pada anak ehuehu kami: alih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

For Fair Weather

Deri sebab lepas deripada Kalaparan.

    YA Bapa amat kasihan, olih sehab besar kabaikan Tuhan, Tuhan sudah menengar sembahyang orang Eklisia Tuhan, lalu Tuhan mengubahkan kakorangan dan kalaparan kami menjadi murah dan berlimpah-limpahan kahidupan kami: dengan rendah hati kami membalas shukor bagi Tuhan deri sebab berkat itu yang amat besar; kami minta Tuhan sahari-hari menunjukkan kasihan Tuhan bagi kami, sopaya tanah kami mengluarkan buah-buahannya, menjadi kamuliaan bagi Tuhan, dan mendatangkan senang bagi kami: olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

For Plenty

Deri sebab Perdameian dan kalepasan deripada musoh kami.

    YA Allah salama-lamanya kekal, Bapa kami dishorga, Tuhanlah sahaja yang membawa orang diam dengan satu hati, Tuhan yang memadamkan garang orang penganyaya, orang tegar hati; kami memuji Tuhan sebab Tuhan sudah berhentikan langgar musoh, dan gampar orang derhaka: kami minta Tuhan membri berkat kapada samoa hamba Tuhan akan berjalan menurut pesan Tuhan, sopaya kami bolih diam dengan baik, dengan lurus dan tulus, dan sahari-hari menyembahkan persembahan puji bagi Tuhan: olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

For Peace & Deliverance from Our Enemies

Deri sebab kalepasan deripada Sampar atau lain Penyakit besar.

    YA Tuhan, Allah Taala, Tuhan sudah menghukumkan kami dengan penyakit sebab samoa dosa kami; tetapi dalam itupun Tuhan mengenang akan kasihan lalu melepaskan kami, jangan kami mati; ya Bapa amat kasihan, kami menyembah kapada Tuhan, baik jiwa, baik tuboh kami yang ditebus Tuhan, akan menjadi persembahan hidup bagi Tuhan: selalu kami akan memuji dan membesarkan samoa kasihan Tuhan, di tengah Eklisiamu olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.
 

For Deliverance from the Plague or Sickness

 
Return to the Book of Common Prayer in Malay

 

Web author: Charles Wohlers U. S. EnglandScotlandIrelandWalesCanadaWorld